Sunday, June 12, 2011

Kami perlukan komen anda .

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Satu Malaysia semuanya


Di sini , kami Ahli Kelab Pelancongan sekolah sangat mengharapkan komen dan cadangan anda untuk memperbaiki lagi blog kami ini . Kami akan sedaya upaya mempertingkatkan lagi kualiti blog kami agar anda semua berpuas hati dan dapat mengetahui lebih banyak info mengenai destinasi pelancongan di Sabah .

Di sini juga anda bolehlah membuat permintaan " info yang lebih mendalam " mengenai apa apa atau di mana mana sahaja destinasi pelancongan yang ada di Sabah , Bumi di bawah bayu ini . InsyaALLAH kami akan tunaikan permintaan anda secepat mungkin .

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bukan sahaja destinasi pelancongan malah apa yang menarik di Sabah , suku kaum yang terdapat di Sabah serta aktiviti aktiviti yang menarik yang diadakan di Sabah . Sebarang pertanyaan bolehlah melalui komen di bawah . Kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin .

Kelab Pelancongan Sekolah juga telah bekerjasama dengan Kelab Koperasi Sekolah untuk Program Pelancongan Koperasi Sekolah . Jika anda ialah seorang pelajar sekolah menengah , ahli koperasi sekolah dan ingin melancong ke Sabah , kami menawarkan pakej PKS kami yang akan membawa anda ke beberapa tempat terkenal di Sabah .

Itu sahaja buat kali ini . Kami sangat mengharapkan maklum balas daripada anda semua . Semoga perkhidmatan yang telah disediakan oleh kami memuaskan hati anda semua .

Sekian .

5 comments:

Hanis Atikah said... [Reply]

wow.. this a great way to let people know more about sabah.. Keep in up!!! I also want to know a culture at there..

Smk Pekan II Kota Belud said... [Reply]

thank you :))

sarahyasmin said... [Reply]

assalamualaikum. is this blog is still active? kalau boleh saya ingin bertanya beberapa soalan.

Smk Pekan II Kota Belud said... [Reply]

@sashimi masih . masih . you can send your question here or to our email :)
we will reply you as soon as possible :D

Anonymous said... [Reply]

Ada nombor hp ka

Photobucket
Ahli Kelab Pelancongan SMK Pekan II Kota Belud bersama guru penasihat bagi tahun 2010.